← Back to list
Gempa bumi di Jepun: Pelajar Malaysia selamat
Apr 16, 2016
Kesemua 18 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di 3 universiti di daerah Kumamoto, Jepun, yang dilanda gempa bumi dilaporkan selamat.
Menurut Wisma Putra kesemua pelajar dilaporkan berada di zon pemindahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jepun di bandar itu.
Kedutaan Besar Malaysia di sana kini sedang mengesan status rakyat Malaysia yang lain yang berada di kawasan berkenaan.
Kelmarin, satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda selatan Jepun meragut sembilan nyawa dan lebih 700 cedera.
SI, satu lagi gempa bumi dengan kekuatan 7 magnitude berlaku di sana awal pagi tadi.
Menurut laporan, setakat ini sekurang-kurangnya 3 dilaporkan terbunuh.
Amaran tsunami pada mulanya dikeluarkan, namun telah ditarik balik.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca