← Back to list
Tabung Haji Umum Bonus 2015
Feb 04, 2016
Kadar bonus turun sedikit berbanding yang diterima pada 2014 iaitu 6.25% dan tambahan 2% untuk pendeposit belum menunaikan haji.
Tabung Haji turut mengingatkan semua pendeposit bahawa simpanan mereka di Tabung Haji adalah berlandaskan konsep 'Al-Wadiah Yad Dhamanah' iaitu simpanan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
Manakala bonus kepada pendeposit adalah 'hibah' atau hadiah berdasarkan prestasi kewangan tahunan semasa dan mengikut budi bicara Tabung Haji.
Namun, rata-rata pendeposit berpendapat, 'hibah' ini wajib dibayar oleh Tabung Haji.
Justeru, Tabung Haji menekankan, walaupun amalan pemberian 'hibah' dibenarkan tapi ia tidak boleh dijadikan kebiasaan.
Ia bagi elak amalan tersebut dikira sebagai kebiasaan yang menyerupai kontrak deposit berasaskan wadi'ah yang mungkin seterusnya menjurus kepada 'riba'.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca