← Back to list
Annuar Musa dedah plot gulingkan kerajaan PN
Jan 06, 2021
Annuar Musa dedah plot gulingkan kerajaan PN
Foto - Berita Harian
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud sokongan secara hitam putih membabitkan pemimpin tertinggi UMNO, kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional itu mendakwa dokumen sokongan yang diperolehnya disahkan tulen malah membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, surat sokongan bertarikh 11 Oktober lalu terbabit didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.
-----
PKPB di submukim Ipoh, Perak
Foto - Bernama
Kerajaan umum melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di submukim Ipoh, Perak, selama 14 hari bermula esok ekoran peningkatan kes COVID-19 di lokasi terbabit.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 106 kes positif dilaporkan secara bertaburan di submukim Ipoh.
Tambahnya, KKM turut mengesahkan terdapat kluster yang masih aktif membabitkan kawasan kilang bertumpu di beberapa kawasan perindustrian di submukim itu.
-----
Lagi rekod baru kes harian tertinggi COVID-19
Foto - Neuroscience News
Malaysia merekodkan kes harian baru COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 2,593 kes.
Selangor catat jangkitan tertinggi dengan 965 kes diikuti Johor sebanyak 571 kes dan Sabah, 405 kes.
Terdapat 13 kluster baru dikenal pasti hari ini dengan empat daripadanya di Johor selain Lembah Klang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Sabah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca