← Back to list
Lebih 20 Ribu Mangsa Banjir di Pahang
Jan 06, 2021
Lebih 20 Ribu Mangsa Banjir di Pahang
Bilangan mangsa banjir di Pahang terus meningkat.
Terkini lebih 20 ribu penduduk terpaksa mendapatkan pelindungan di lebih 300 pusat pemindahan.
Wartawan kami di Temerloh, Pahang memaklumkan, paras air naik mendadak sejak awal pagi tadi.
Hujan juga kembali turun di kebanyakan kawasan dan masih belum berhenti.
Banyak jalan dan laluan juga kini terputus hubungan akibat dinaiki air.
Manakala di Johor, keadaan tidak banyak berubah.
Jumlah mangsa banjir di 6 daerah di negeri itu kekal kira-kira 4,200 orang, majoritinya di Kota Tinggi dan Kluang.
*foto: Pahang Media
Zahid bertemu Hadi
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan secara tertutup petang semalam.
Berita Harian melaporkan, pertemuan itu membincangkan perkembangan terkini politik semasa terutama membabitkan kedudukan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerjasama Muafakat Nasional (MN).
Sementara itu Zahid Hamidi menyifatkan laporan bahawa beliau meminta Ahli Parlimen UMNO meninggalkan kerajaan PN sebelum 1 Februari sebagai fitnah.
Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan Merdeka Center mendapati 54 peratus responden yang mengaku penyokong BN tidak setuju UMNO tarik diri daripada kerajaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca