Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Harga vaksin COVID-19 didedah kepada PAC

Jan 05, 2021


Harga vaksin COVID-19 didedah kepada PAC

Foto - Bernama

Harga vaksin COVID-19 yang dibayar Malaysia kepada syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNtech dan AstraZeneca dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, beliau dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan perkara itu dalam prosiding rasmi PAC mengenai perolehan vaksin dan penggunaannya terhadap rakyat.

Tegas Khairy, walaupun tidak dipanggil oleh PAC, pihaknya mahu memastikan prinsip ketelusan dipenuhi dan sejauh mana maklumat yang boleh didedahkan dalam perjanjian antara kerajaan dan syarikat pembekal vaksin.

-----

JKN Kedah nafi ada kes positif COVID-19 di Langkawi

Foto - Langkawi-Info

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah nafi terdapat kes individu positif COVID-19 di Langkawi ketika ini ekoran personaliti media sosial, Harris Annuar disahkan positif wabak itu selepas pulang dari pulau berkenaan.

Pengarahnya JKN Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, pihaknya juga tidak membuat saringan ujian COVID-19 secara bersasar kepada pengunjung di pulau peranginan itu.

Tambahnya, siasatan awal akan dibuat bagi memastikan di mana ujian membabitkan Harris itu dijalankan dan pihaknya akan membuat tindakan lanjut sekiranya ada bukti kaitan hasil dari siasatan berkenaan.

-----

Tindakan tegas ke atas pusat hiburan langgar SOP

Foto - Bernama

Pemilik pusat hiburan bakal berhadapan tindakan dibatalkan lesen dan disenarai hitam sekiranya dikesan masih berdegil meneruskan aktiviti mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak kebelakangan ini kesalahan berkaitan aktiviti hiburan merekodkan jumlah tertinggi pelanggaran SOP ketika PKPB berkuat kuasa.

Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan seluruh negara untuk meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap premis hiburan yang dikesan melanggar arahan PKPB.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca