← Back to list
Hukumnya harus…
Dec 24, 2020
Hukumnya harus…
Hukum pengambilan vaksin COVID-19 adalah harus.
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam juga mengambil ketetapan bahawa vaksin tersebut wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan, ketetapan itu juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.
KKM Pantau Mutasi Baru COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau mutasi baru COVID-19 yang dikesan di Sabah.
Antara aspek yang dipantau ialah kadar kebolehjangkitan dan impaknya terhadap masyarakat.
Mutasi baru virus itu dikesan hasil ujian terhadap 60 sampel dalam Kluster Benteng Lahad Datu.
Sementara itu 1,348 kes harian baru COVID-19 dan 5 kematian dicatatkan semalam.
Selangor terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi untuk 8 hari berturut-turut.
Tarif Elektrik Kekal
Kerajaan setuju mengekalkan tarif elektrik bagi tahun depan.
Kerajaan juga setuju memberi rebat 2 sen bagi setiap kilowatt-jam elektrik kepada semua pengguna.
Rebat yang pertama kali dinikmati sejak Julai tahun 2018 ini akan dinikmati oleh semua pengguna elektrik TNB, domestik dan bukan domestik.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca