← Back to list
50 Petugas HTAR Dijangkiti COVID-19
Dec 18, 2020
50 Petugas HTAR Dijangkiti COVID-19
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengesahkan 50 petugas Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dijangkiti COVID-19.
Punca jangkitan masih belum diketahui namun situasi di hospital terbabit terkawal.
Sehubungan itu orang awam dinasihatkan tidak hadir ke hospital jika tiada urusan penting tambahan pula Klang merupakan zon merah COVID-19.
Sementara itu lebih separuh daripada 1,220 jumlah jangkitan baru COVID-19 dicatatkan di Selangor dan Kuala Lumpur.
3 pesakit meninggal dunia semalam menjadikan jumlah korban meningkat kepada 432.
3 lagi kluster baru turut dikesan iaitu 2 di Lembah Klang dan 1 di Sabah.
*foto : KOSMO
Semua Setuju
Parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) setuju sebulat suara menubuhkan Majlis Presiden.
Ia dianggotai oleh ketua parti masing-masing sebagai platform membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.
5 Ditahan Kes Palsu Sijil Cuti Sakit
Polis Selangor tahan 5 suspek berkaitan kes pemalsuan sijil cuti sakit menggunakan alamat sebuah klinik swasta di Gombak.
Ia terbongkar selepas sebuah syarikat menghubungi sebuah klinik swasta bagi mengesahkan keaslian sijil cuti sakit pekerjanya.
Platform Telegram Cegah Jual Barang Curi
Polis Melaka akan mewujudkan satu platform di aplikasi Telegram yang menghimpunkan peniaga-peniaga barang lusuh.
Ia sebagai usaha mencegah penjualan barangan curi di negeri itu khasnya melibatkan kenderaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca