← Back to list
Saarani Mohamad Menteri Besar Perak yang baru
Dec 09, 2020
Saarani Mohamad Menteri Besar Perak yang baru
Foto - MalaysiaKini
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah perkenan ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, istiadat mengangkat sumpah jawatan ditetapkan pada pukul 11 pagi esok di Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar.
Kemelut politik Perak berlaku ekoran usul undi percaya ke atas mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sidang Dewan Undangan Negeri, minggu lalu.
-----
Hilang di KL, jumpa di Rembau
Foto - Syok!
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Desa Petaling, Kuala Lumpur semalam, ditemui di Rembau, Negeri Sembilan dalam keadaaan lemah.
Kisah kehilangan lelaki berusia 77 tular di laman sosial selepas berita mengenai kehilangannya dikongsikan anak mangsa di laman sosial Facebook.
Polis Petaling Jaya berkata, mangsa yang juga menghidap penyakit alzheimer kini sedang menerima rawatan di Hospital Rembau.
-----
Bonus sebulan gaji buat kakitangan DBKL
Foto - Berita Harian
Kementerian Wilayah Persekutuan umum pembayaran bonus sebulan gaji atau minimum RM1,500 kepada semua kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata seramai 9,329 kakitangan DBKL di pelbagai peringkat, bakal menerima bayaran itu.
Insentif itu katanya sebagai menghargai usaha dan komitmen warga kerja DBKL dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang, sepanjang tahun 2020.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca