← Back to list
Jangan Buat Spekulasi, Tunggu Pengumuman Kerajaan Tentang SOP Di Premis Makanan.
Dec 08, 2020
Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan.
Itu nasihat Menteri Kanan Keselamatan susulan laporan sebuah portal kononnya SOP yang mengehadkan 4 pelanggan bagi setiap meja di premis makanan sudah ditarik semula.
Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Berita Harian, orang ramai perlu bersabar dan tunggu kerajaan buat pengumuman mengenainya.
NADMA pertingkat pemantauan SOP di kawasan banjir.
Kebenaran rentas negeri bukanlah lampu hijau untuk orang ramai pulang ke kampung terutamanya di kawasan banjir.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA, pihaknya tidak tolak kemungkinan pergerakan orang ramai yang tinggi hujung minggu ini.
Justeru, pihaknya akan tingkatkan pemantauan terhadap pematuhan SOP di kawasan banjir bagi mencegah penularan Covid-19.
Tiada perubahan terhadap kriteria i-Sinar buat masa ini.
KWSP berkata demikian sebagai merujuk kepada cadangan daripada pelbagai pihak agar semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan itu dimansuhkan bagi memudahkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1.
Pihaknya mengalu-alukan sebarang cadangan mengenai kemudahan itu namun, setiap penambahbaikan akan dibentangkan kepada ahli lembaganya untuk kelulusan sebelum dibawa kepada Kementerian Kewangan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca