← Back to list
Setiap Permohonan Kemudahan i-Sinar Akan Dipertimbangkan.
Dec 04, 2020
Setiap permohonan kemudahan i-Sinar akan dipertimbangkan mengambil kira situasi unik yang dihadapi oleh semua ahli KWSP.
Menurut Ketua Pegawainya, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias dalam temu bual eksklusif bersama Astro Awani, kriteria yang diletakkan dalam i-Sinar bukan bertujuan 'menutup pintu' kepada pencarum untuk memohon kemudahan itu.
Ini kerana mana-mana ahli yang tidak memenuhi kriteria Kategori 1 masih berpeluang untuk membuat permohonan di Kategori 2.
Di bawah Kategori 2, bagi mereka yang tidak memiliki dokumen sokongan pula, pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan dan meneliti situasi pemohon berkenaan.
Pemuda UMNO cadangkan 3 penambahbaikan dalam kemudahan i-Sinar KWSP.
la termasuklah memansuhkan segala syarat yang menyulitkan pencarum yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka daripada Akaun 1.
Selain itu, ia juga mahu tempoh untuk pemohon menerima bayaran pertama dikurangkan daripada tiga bulan kepada maksimum satu bulan.
KKMM tubuhkan Unit Komunikasi OKU
Unit Komunikasi OKU akan ditubuhkan bagi meningkatkan fasilitasi komunikasi 2 hala antara kerajaan dan golongan berkenaan.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata ia ditubuhkan bersempena sambutan Hari OKU Antarabangsa semalam.
Pihaknya juga akan berusaha untuk melaksanakan kaedah komunikasi yang lebih mesra OKU, antaranya penggunaan bahasa isyarat, sari kata dan suara latar dalam penyampaian maklumat dan penyediaan kandungan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca