← Back to list
Rakyat Malaysia Hidup Lebih Lama
Dec 02, 2020
Rakyat Malaysia Hidup Lebih Lama
Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendapati rakyat Malaysia kini hidup lebih lama.
Secara purata, bayi lelaki dan perempuan yang lahir tahun ini dijangka hidup hampir 73 dan 78 tahun, 11 tahun lebih lama berbanding bayi yang lahir pada 1970.
Namun, hidup lebih lama tidak bermakna hidup juga lebih sihat.
Ini kerana masih ramai rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung dan penyakit mental terutama semasa usia emas.
*foto: AWANI (sekadar hiasan)
SOP COVID-19: Pahang Laksana Rating Untuk Premis Perniagaan
Pahang akan memperluaskan sistem penarafan bintang bagi premis perniagaan dalam usaha membudayakan norma baru mencegah COVID-19.
Sistem yang mula dilaksanakan di Kuantan bulan lalu itu setakat ini telah memberi penarafan 5 bintang kepada 2 premis.
Ia susulan kejayaan pemilik premis berkenaan melaksanakan pembudayaan norma baru dengan kadar pematuhan tinggi.
Antara aspek yang diberi perhatian ialah pemeriksaan suhu badan, penggunaan 'hand sanitizer' dan rekod kemasukan ke premis.
Masih Terkawal
Situasi COVID-19 di Selangor masih terkawal walaupun berlaku peningkatan kes kebelakangan ini.
Menurut kerajaan negeri, 3 inisiatif dilaksanakan bagi membendung penularan wabak itu.
Ia termasuk meningkatkan penyelarasan dengan Pejabat Kesihatan Daerah supaya saringan pekerja asing dilakukan dengan segera.
Semalam, Selangor mencatatkan kes COVID-19 paling tinggi iaitu hampir 900 kes.
Majoriti kes disumbangkan oleh Kluster Teratai membabitkan pekerja kilang.
'Kuasa Cinta' Tok Ti
Video muzik lagu baru Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kuasa Cintamu sudah raih lebih 130,000 tontonan di YouTube.
Menariknya, anaknya Siti Aafiyah turut membuat kemunculan dalam video muzik berkenaan.
Kuasa Cintamu merupakan lagu ciptaan Tok Ti sendiri bersama komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca