← Back to list
Tutup Serta-Merta Jika Langgar PKPB
Nov 30, 2020
Tutup Serta-Merta Jika Langgar PKPB
Syarikat dan kilang yang didapati melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diarah tutup serta-merta.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), premis terbabit juga boleh dibatalkan operasi dan berdepan tindakan undang-undang yang lain.
Surat mengenai arahan pematuhan SOP sudah dikeluarkan kepada 171 persatuan dan dewan perniagaan 26 November lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Kulala Lumpur merekodkan kes COVID-19 tertinggi iaitu hampir 500 daripada 1,309 kes di seluruh negara semalam.
Majoriti kes melibatkan tempat kerja dan 4 kluster baru turut dikesan di Lembah Klang, Kelantan dan Sabah.
*foto: AWANI (sekadar hiasan)
Kompaun Menanti
Banjir yang mula melanda Kelantan khasnya semasa PKPB ini bukanlah pesta.
Tegas polis Pasir Mas, kompaun RM1,000 menanti jika bermain air secara berkumpulan.
Sementara itu 10 penduduk di Pasir Mas kini berlindung di pusat pemindahan banjir.
Manakala banjir di Terengganu hampir pulih apabila hanya 13 mangsa berlindung di pusat pemindahan.
Sarawak, Perak dan Kedah pula masing-masing mencatatkan 274, 117 dan 105 mangsa banjir.
Suspek Kes Bunuh Warga Emas Diberkas
Polis berjaya berkas suspek kes rompak dan bunuh pesara kerajaan di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.
Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Difahamkan suspek turut merompak sebuah rumah di Titiwangsa kira-kira 2 jam selepas kejadian pertama.
Mereka juga melarikan sejumlah wang dan barang berharga selepas mengugut mencederakan dan mengikat mangsa.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca