← Back to list
Tahap Kebimbangan Rakyat Malaysia Terhadap Pandemik COVID-19 Tinggi!
Nov 20, 2020
Tahap kebimbangan rakyat Malaysia terhadap pandemik COVID-19 tinggi berbanding negara lain!
Menurut kajian sebuah syarikat penyelidikan pasaran, IPSOS, tahap kebimbangan rakyat negara ini adalah 77
peratus!
Peratusan itu mengatasi negara di Eropah dan Amerika yang teruk dilanda pandemik tersebut.
Berada di tangga kedua ialah Britain dengan 61 peratus, diikuti Sepanyol 60 peratus dan Korea Selatan 58
peratus.
Isu pengangguran menjadi perhatian utama sepanjang tempoh pandemik COVID-19 di Malaysia.
Lebih 9,000 kes positif Covid-19 berjaya dikesan oleh aplikasi My Sejahtera.
Kementerian Kesihatan berkata majoriti kes positif dikesan melalui kaedah pengesanan kontak rapat dan sebahagian kecilnya melalui penilaian kesihatan kendiri oleh pengguna.
Baru-baru ini, lebih 200 jangkitan yang bermula dari sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya berjaya dikesan melalui aplikasi My Sejahtera.
Kempen Tiada Beg Plastik akan dilaksanakan di semua premis seluruh negara melalui dua fasa.
Kementerian Alam Sekitar dan Air berkata fasa pertama akan dilaksanakan di premis kekal seperti pasar raya besar, pasar raya serbaneka dan sebagainya mulai bulan depan hingga 2021.
Manakala bagi Fasa 2, kempen itu akan diperluaskan kepada premis perniagaan lain seperti kedai runcit, pasar basah dan sebagainya dari 2022 hingga 2025.
Caj minimum 20 sen katanya akan dikenakan setiap beg plastik yang diberikan kepada pelanggan di kaunter pembayaran.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca