← Back to list
Darurat di Batu Sapi Keputusan Terbaik
Nov 19, 2020
Darurat di Batu Sapi Keputusan Terbaik
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sambut baik pengisytiharan darurat di Batu Sapi, Sabah.
Malah ujar Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sejak awal lagi pihaknya mengesyorkan untuk elak sebarang pilihan raya ketika ini.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Batu Sapi.
la bertujuan menghalang Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu diadakan sebagai langkah proaktif membendung penularan COVID-19.
Baginda memperkenankan darurat di Batu Sapi setelah mengambil iktibar dan pengalaman daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mencetuskan gelombang ke-3 COVID-19 di negara ini.
Waspada Banjir Kilat
Kejadian ribut petir dan hujan lebat yang lebih menyeluruh pada waktu petang dan awal pagi di beberapa kawasan diramal berterusan sehingga hujung bulan depan.
Menurut Jabatan Meterologi, antara kawasan terjejas ialah negeri-negeri di pantai barat semenanjung juga Sabah dan Sarawak.
Fenomena itu merupakan sebahagian daripada fasa pertama Monsun Timur Laut dan boleh menyebabkan banjir kilat.
Batu Nisan Dinasti Qing Dijumpai di Perkarangan Rumah Bekas MB
9 batu nisan bertulisan Cina kuno dipercayai daripada Dinasti Qing dijumpai di perkarangan rumah bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Muhamad Jusoh di Pekan.
Menurut muzium negeri, penemuan itu dipercayai membuktikan Pahang pernah jadi laluan perdagangan utama pada masa dulu.
*foto: Lobak Merah
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca