← Back to list
KKM Bimbang Peningkatan Kes COVID-19 di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Nov 13, 2020
Kementerian Kesihatan akan pertingkatkan aktiviti pengesanan kes aktif di Lembah Klang dan Negeri Sembilan susulan peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.
Dua kawasan itu kini jadi kebimbangan kementerian ekoran kepadatan dan pergerakan penduduk yang tinggi.
Semalam, jumlah kes positif Covid-19 di Lembah Klang dan Negeri Sembilan adalah 464 lebih tinggi berbanding Sabah iaitu 319 kes.
Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga mulai Ahad ini dipantau pihak berkuasa.
Pelaksanaan inisiatif Wilayah Bebas Berniaga di KL, Putrajaya dan Labuan bermula Ahad ini akan dipantau oleh pihak berkuasa tempatan.
Kementerian Wilayah Persekutuan berkata pihaknya akan memastikan peniaga terbabit patuhi SOP ditetapkan dan tidak menyumbang kepada masalah kesesakan dan kebersihan di bandar raya.
Terdahulu, warga Wilayah Persekutuan diberi kebenaran untuk buka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan yang sesuai mulai Ahad ini bagi membantu mereka yang terjejas akibat COVID-19.
KPDNHEP terima lebih 8,000 aduan pembelian online sejak PKP dilaksanakan.
Lebih 8,000 aduan berkenaan pembelian online diterima oleh kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak PKP dilaksanakan Mac lalu.
Antara aduan tertinggi yang diterima adalah servis dan barang yang diterima tidak berada dalam keadaan baik dan seperti yang diiklankan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca