← Back to list
Sekolah ditutup mulai esok, peperiksaan awam ditunda.
Nov 08, 2020
Foto : BH
Kementerian Pendidikan umumkan semua sekolah di Malaysia akan ditutup mulai esok sehingga tarikh akhir persekolahan iaitu 17 & 18 Disember.
Ia selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB yang dilaksanakan kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan.
Namun, proses pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan dari rumah mengikut kesesuaian guru dan murid.
Pelajar di asrama juga dibenarkan pulang dan perlu menunggu ibu bapa atau penjaga mengambil mereka.
Pelajar dibenarkan tinggal di asrama sementara menunggu ketibaan ibu bapa atau penjaga dan keperluan makanan serta minuman akan disediakan pihak sekolah.
Kementerian juga mengumumkan tarikh permulaan sekolah adalah pada 20 Januari depan dan murid sekolah rendah akan mulakan pembelajaran secara bersemuka pada hari tersebut.
Tarikh peperiksaan seperti SPM, SVM, dan STAM dipinda dan akan bermula 22 Februari tahun depan manakala peperiksaan STPM akan bermula pada 8 Mac.
Kementerian maklumkan perincian untuk semua peperiksaan tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca