← Back to list
PKPB Di Sabah Dilanjutkan Sehingga 9 November
Oct 25, 2020
PKPB di Sabah akan dilanjutkan untuk 2 minggu lagi sehingga 9 November depan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara.
PKPB di Sabah yang sepatutnya berakhir esok terpaksa dilanjutkan ekoran kes COVID-19 yang terus meningkat di negeri itu.
Semalam, Sabah merekodkan 889 daripada 1,228 kes yang dicatat di seluruh negara.
Dalam pada itu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ada kemungkinan PKPB di Selangor, Putrajaya dan
Kuala Lumpur akan turut dilanjutkan.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata keputusan tersebut akan diambil sekiranya kes harian
COVID-19 di kawasan berkenaan terus meningkat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca