← Back to list
Belum Ada Lagi Ubat COVID-19.
Oct 23, 2020
Belum Ada Lagi Ubat COVID-19
Jangan terpedaya dengan iklan-iklan ubat yang mendakwa kononnya boleh sembuhkan COVID-19.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu dunia masih berusaha mencari dan menghasilkannya.
Jika sudah ada, pastinya pelopor atau yang berjaya menemui atau menghasilkannya sudah kaya-raya.
KKM memaklumkan demikian ekoran penjualan ubat sedemikian di aplikasi jual beli dalam talian khasnya dari China.
Kementerian juga menasihatkan wanita yang berpurdah atau berniqab supaya tetap pakai pelitup muka.bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.
Sementara itu, 847 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia semalam dengan lebih separuh daripadanya direkodkan di Sabah.
5 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan bilangan yang maut akibat virus itu naik kepada 204 orang.
Akta Khas Bantu Kurangkan Impak Pandemik COVID-19
Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 2020 dijadual diwartakan hari ini.
Ia akan berkuat kuasa selama 2 tahun dan dijangka beri manfaat kepada individu dan syarikat yang terkesan dari aspek ekonomi akibat pandemik tersebut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca