← Back to list
PKPB: Sejuta Kerja Dari Rumah Mulai Esok
Oct 21, 2020
PKPB: Sejuta Kerja Dari Rumah Mulai Esok
Bermula esok kira-kira sejuta pekerja di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan, Bersyarat (PKPB) diarah bekerja dari rumah.
Arahan itu melibatkan pekerja peringkat pengurusan dan pengawasan dalam sektor awam dan swasta.
Ia bertujuan mengurangkan pergerakan pekerja kerana sektor ekonomi terus beroperasi dan elak kemunculan lebih banyak kluster baru COVID-19 di tempat kerja.
Bagi pekerja yang berada di zon merah yang tetap perlu hadir bekerja, mereka perlu jalani ujian saringan COVID-19.
Jika majikan mencarum dengan Perkeso maka ujian berkenaan akan ditanggung pertubuhan itu.
Majikan juga perlu mengeluarkan surat pelepasan untuk pekerja yang perlu hadir ke pejabat atau tempat kerja.
Penjelasan, senarai sektor dan jenis pekerjaan yang terlibat akan dikeluarkan kementerian bertanggungjawab dalam masa terdekat.
KKM Terus Pantau Bekas Pesakit COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memantau perkembangan dan melakukan kajian jangka masa sederhana dan panjang ke atas pesakit COVID-19 yang sudah pulih.
Menurut KKM, ia perlu untuk melihat kesan kepada bekas pesakit termasuk ketahanan antibodi mereka.
Setakat ini juga kementerian mendapati kesan sampingan agak kurang ke atas bekas pesakit yang tidak bergejala.
Sementara itu, 862 kes baru COVID-19 dikesan dengan Sabah kekal catat kes tertinggi iaitu 673 diikuti Selangor 132.
3 lagi pesakit meninggal dunia sekaligus menjadikan jumlah korban naik kepada 193.
*foto sekadar hiasan
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca