← Back to list
Isu Air: Selangor Tawar Ganjaran
Oct 20, 2020
Isu Air: Selangor Tawar Ganjaran
Kerajaan Selangor tawar ganjaran sehingga RM20,000 kepada pihak yang beri maklumat berkaitan pencemaran Sungai Selangor sehingga tertangkapnya dalang kejadian.
Selain ganjaran, hukuman yang lebih berat termasuk denda sehingga sejuta ringgit dikenakan terhadap pelaku yang akan diusulkan dalam Sidang DUN bulan depan.
Terdahulu, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan keluhan dan nasib rakyat yang kini bergelut dengan masalah bekalan air di tengah-tengah pandemik COVID-19.
Baginda sudah banyak kali menulis surat kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri berhubung isu bekalan air sejak 2009.
Baginda turut menitahkan supaya masalah air tidak dipolitikkan dan diatasi segera kerana ia keperluan asas rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, 4 loji rawatan air yang dihentikan operasi sejak awal pagi semalam kerana pencemaran, telah beroperasi semula.
Menurut Air Selangor, penduduk di kawasan terjejas kini menerima semula bekalan air secara berperingkat bermula pagi tadi.
Lebih 1.1 juta akaun pengguna merangkumi hampir 1,300 kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual kali ini.
Henti Sementara Aktiviti Sosial di Kawasan PKPB
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) minta aktiviti sosial termasuk sukan dihentikan sementara di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.
Jelas KKM, ini kerana kerana virus COVID-19 kini berada dalam komuniti terlibat.
Semalam 865 kes dilaporkan dan majoritinya di Sabah iaitu 643 diikuti Selangor 107.
3 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan bilangan yang maut kini 190 orang.
Bank Negara Beri Jaminan
Bank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan bantuan pembayaran balik kekal tersedia untuk peminjam yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Ia bergantung kepada keperluan peminjam sama ada perlu minta pengurangan ansuran pembayaran balik pinjaman atau lanjutan moratorium.
*foto: AWANI (sekadar hiasan)
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca