← Back to list
COVID-19 ragut enam lagi nyawa
Oct 16, 2020
COVID-19 ragut enam lagi nyawa
Foto - Neuroscience News
Enam lagi kematian terbaru akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 176.
Kementerian Kesihatan dalam pada itu memaklumkan, 629 kes baru jangkitan COVID-19 direkodkan termasuk dua kes import.
Sabah masih kekal catat kes paling tinggi iaitu 489, Selangor 50, Pulau Pinang 33, Labuan 19, Kuala Lumpur 10, Perak 9 dan lain-lain negeri.
-----
PKPD Kampung Padang Che Mas di Baling
Foto - Jabatan Perdana Menteri
Kampung Padang Che Mas di Baling, Kedah akan diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula Ahad ini sehingga 31 Oktober 2020.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, arahan itu dibuat susulan terdapat 25 kes positif Covid 19 di kampung berkenaan.
PKPB di kampung berkenaan akan melibatkan lebih 1,100 penduduk.
-----
Tiga lagi kluster baru COVID-19 dikesan
Foto - New Straits Times
Tiga kluster baru COVID-19 dikesan masing-masing di Perak, Kedah dan Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Lekir dikesan di Manjung, Perak dan sehingga kini sudah menjangkiti enam individu.
Kluster kedua dikenali sebagai Kluster Buntar membabitkan daerah Kuala Muda di Kedah manakala kluster ketiga dikenali sebagai Kluster Merbok yang dikesan di daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Petaling.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca