Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Sampai Tahun Depan

Oct 14, 2020


Sampai Tahun Depan

Bank-bank setuju meneruskan bantuan bayaran balik pinjaman kepada kumpulan terkesan akibat COVID-19 sehingga tahun depan.

Ujar Perdana Menteri, bantuan itu khusus untuk individu, PKS, syarikat atau pihak yang berdepan masalah untuk membayar pinjaman mereka disebabkan pandemik tersebut.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan demikian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, KL, Putrajaya dan Sabah ketika ini.

Beliau turut memberitahu, Belanjawan 2021 akan tertumpu kepada usaha menyelamatkan nyawa dan memperkukuh ekonomi rakyat.


Perlu Sekurang-Kurangnya Seminggu

Kerajaan perlu tempoh sekurang-kurangnya seminggu bagi melihat kesan pelaksanaan PKPB dalam melandaikan lekuk kes COVID-19.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya akan memantau rapi situasi semasa penularan jangkitan wabak berkenaan.

PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya bermula tengah malam tadi dan akan tamat 27 Oktober, manakala di Sabah ia bermula semalam dan tamat pada 26 Oktober.

Sementara itu, 660 kes baru COVID-19 direkodkan di seluruh negara dan 4 pesakit wabak itu meninggal dunia.

Menurut KKM, 350 pesakit sembuh semalam yang juga jumlah tertinggi direkodkan sejak permulaan pandemik tersebut di Malaysia.

Giliran Ahmad Zahid Esok

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong petang esok.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, selepas mesyuarat Biro Politik parti di ibu negara malam tadi.

Terdahulu, mesyuarat itu memutuskan UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

UMNO juga akan beri syarat baru kepada gabungan itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas mendakwa mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk bentuk kerajaan baru.

*foto kredit: AWANI & Bank Islam (foto sekadar hiasan)


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca