Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Minta kebenaran polis untuk lintasi Selangor

Oct 13, 2020


Minta kebenaran polis untuk lintasi Selangor

Foto - Bernama

Orang awam yang perlu merentasi Selangor untuk ke destinasi di utara atau selatan perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia ekoran pelaksanaan PKPB di negeri berkenaan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi mengelakkan kesulitan apabila mereka melalui sekatan jalan raya yang akan diadakan nanti.

Malah, perkara sama juga terpakai terhadap individu dari luar kawasan yang perlu menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara dengan lapangan terbang yang berada di kawasan terbabit dengan PKPB di Lembah Klang.

-----

Anwar Ibrahim dititah akur dan hormati proses perundangan

Foto - New Straits Times Press

Datuk Seri Anwar Ibrahim dititah supaya akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam proses mengambil alih kepemimpinan negara.

Titah itu dibuat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah ketika menerima menghadap Presiden PKR itu di Istana Negara, pagi tadi.

Menurut Istana Negara, dalam pertemuan itu Anwar sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan itu.

-----

China setuju utamakan Malaysia dalam pembekalan vaksin COVID-19

Foto - Berita Harian

China bersetuju meletakkan Malaysia dalam senarai negara utama untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bekalan itu akan diagihkan selepas negara itu berjaya membangunkan dan selesai menjalani ujian klinikal vaksin berkenaan.

Tambahnya, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Tahap Tinggi dalam menzahirkan kerjasama Memorandum Persefahaman Era Pasca COVID-19.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca