Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Sekolah perlu tutup 7 hari jika terdapat kes COVID-19

Oct 10, 2020


Sekolah perlu tutup 7 hari jika terdapat kes COVID-19

Foto - Kementerian Pendidikan Malaysia

Mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup selama tujuh hari tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan.

Kementerian Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 semalam, susulan trend peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Tambahnya lagi, penutupan tersebut bertujuan membolehkan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan pengesanan kontak rapat dijalankan oleh KKM.

-----

Kuarantin wajib di Sarawak bermula hari ini

Foto - Borneo Today

Semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari bermula hari ini seperti yang diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Bencsana Negeri, kelmarin.

Ujian saringan COVID-19 akan diambil pada hari kedua dan kesepuluh dengan kos kuarantin dan ujian ditanggung sendiri oleh individu terbabit.

Namun Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kos kuarantin dan ujian saringan bagi rakyat Sarawak akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

-----

Ketua Menteri Sabah positif COVID-19

Foto - Bernama

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh berkata, Hajij sebelum ini secara sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari lalu selepas salah seorang kakitangannya positif COVID-19.

Biarpun sedang menjalani rawatan, beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video malah kerajaan negeri tetap berfungsi seperti biasa.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca