Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Jumlah kes baru COVID-19 semakin membimbangkan

Oct 01, 2020


Jumlah kes baru COVID-19 semakin membimbangkan

Foto - The Star

Jumlah pertambahan kes baru positif COVID-19 dalam negara semakin membimbangkan apabila 260 kes dicatatkan hari ini dengan Sabah merekodkan jumlah jangkitan tertinggi sebanyak 118 kes.

Kedah mencatatkan 98 kes baru, Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing 13 kes, Johor dan Putrajaya 5 kes, Terengganu dan Perlis 2 kes manakala Melaka, Pahang dan Pulau Pinang 1 kes.

Kementerian Kesihatan turut mengesa empat kluster baru  iaitu kluster Bah Ketil di Langkawi, Joo Hwa di Tawau, Selasih di Putrajaya dan Jalan Meru di Klang.

-----

Kawalan rentas daerah di Sabah

Foto - Bernama

Kawalan rentas daerah di seluruh Sabah akan dilaksanakan berkuat kuasa bermula 3 sehingga 16 Oktober depan kecuali perkhidmatan perlu seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain.

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Namun katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa.

-----

DBKL disyor beri parkir percuma selama sebulan

Foto - Berita Harian

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menimbangkan syor memberi tempoh sebulan tanpa saman bagi peralihan kaedah pembayaran tempat letak kenderaan di bahu jalan.

Beliau juga meminta DBKL menimbangkan beberapa syor berkaitan yang dikemukakan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Tambah Annuar, turut dicadangkan penyelesaian baki akaun dalam aplikasi JomParking yang digunakan sebelum ini bagi pembayaran tempat letak kenderaan.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca