← Back to list
Proses Saringan Terkawal
Sep 29, 2020
Proses Saringan Terkawal
Proses saringan COVID-19 di KLIA terkawal selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah kakitangan bertugas.
Menurut laporan, ia kini mengambil masa kurang 3 jam berbanding sehingga 6 jam seperti yang viral kelmarin.
Sabtu lalu KKM mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah menjalani saringan COVID-19 sehingga 10 Oktober.
Susulan itu berlaku kesesakan dan masa menunggu lebih lama di lapangan terbang terlibat.
Ia turut melibatkan sejumlah anak Sabah yang pulang menjalankan tanggungjawab mengundi bagi pilihan raya negeri itu.
Agong Bimbang
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes positif COVID-19 di negara ini.
Baginda turut menasihati orang ramai menjaga diri dalam usaha mengekang penularan virus tersebut.
Kes baru COVID-19 di negara ini kekal 3 angka iaitu sebanyak 115 dan paling tinggi di Sabah iaitu 98 kes.
4 daerah di Sabah juga kini dikenakan PKPD iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna sehingga 12 Oktober.
Murid Sekolah 2 Beradik Positif COVID-19 di Selangor
2 pelajar sebuah sekolah di Selangor disahkan positif COVID-19.
Menurut Jabatan Kesihatan Selangor, adik-beradik berkenaan disyaki mendapat jangkitan daripada abang mereka yang ada sejarah perjalanan ke Sabah baru-baru ini.
Satu kluster baru turut muncul di Selangor digelar Kluster Jalan Apas.
Ia membabitkan pasangan suami isteri yang juga ada sejarah perjalanan ke Sabah.
Sinar Harian
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca