← Back to list
Individu Dari Sabah Wajib Jalani Saringan COVID-19
Sep 28, 2020
Individu Dari Sabah Wajib Jalani Saringan COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tambah kakitangannya di KLIA dan KLIA2.
Ia susulan Kementerian Kesihatan mewajibkan individu yang tiba dari Sabah menjalani ujian saringan COVID-19 sehingga 10 Oktober.
Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, individu yang negatif dalam ujian berkenaan tidak perlu jalani kuarantin 14 hari.
Semalam, viral di media sosial papar ratusan individu terpaksa beratur panjang di lapangan terbang itu untuk jalani ujian saringan berkenaan.
Semalam juga Sabah sekali lagi mencatatkan jumlah kes COVID-19 paling tinggi iaitu 124 daripada 150 kes keseluruhan di negara ini.
Penuntut Dari Zon Merah Disaran Daftar Secara Dalam Talian
Semua IPT disaran menangguhkan pendaftaran kemasukan penuntut dari zon merah COVID-19 secara bersemuka yang dijadual bermula tidak lama lagi.
Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan mahasiswa terbabit boleh dilakukan secara dalam talian.
Bagi yang tidak berada dalam zon merah, kemasukan penuntut kekal mengikut kalendar akademik IPT masing-masing dan diminta patuh SOP bagi cegah COVID-19.
YDP Sabah Perlu Masa
Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin minta tempoh bagi menentukan Ketua Menteri Sabah yang baru.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang hadir dalam pertemuan di Istana Negeri petang semalam.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) raih 38 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan bagi miliki majoriti mudah sekaligus berpeluang membentuk kerajaan negeri Sabah yang baru.
*foto sekadar hiasan
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca