← Back to list
Sabah bakal ada kerajaan negeri yang baru!
Sep 27, 2020
Gerakan Rakyat Sabah akan membentuk kerajaan negeri baru!
Ini selepas gabungan antara Perikatan Nasional, BN dan Parti Bersatu Sabah itu memenangi 38 daripada 73 kerusi yang ripertandingkan pada PRN Sabah untuk memperoleh majoriti.
Ianya sekaligus menyaksikan WARISAN gagal pertahankan kerajaannya biarpun Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menang besar di DUN Senallang dengan majoriti lebih 4,600 undi.
Dalam pada itu, GRS akan mengumumkan calon ketua menterinya hari ini sebelum upacara mengangkat sumpah jawatan.
Sementara itu, Pengerusi BN serahkan kepada ADUN BN Sabah untuk menentukan calon Ketua Menterinya yang baru.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berharap parti yang memenangi paling banyak kerusi pada PRN Sabah akan diberi mandat untuk memimpin kerajaan negeri.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca