Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kluster Bangau-Bangau catat kes harian tertinggi

Sep 24, 2020


Kluster Bangau-Bangau catat kes harian tertinggi

Foto - New Straits Times

Kluster Bangau-Bangau di Semporna, Sabah mencatat kes tertinggi COVID-19 hari ini dengan 47 kes daripada 63 kes baru yang dikesan di negeri berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster lain yang turut menyumbang peningkatan kes positif baru di Sabah termasuk Kluster Laut dan Kluster Benteng LD.

Tambah Dr Noor Hisham lagi, Kluster Sungai di Kedah turut mencatatkan empat kes baharu menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 91 kes.

-----

Makmal Molekul akan dibangunkan di Tawau

Foto - Yahoo! News

Kementerian Kesihatan akan membangunkan Makmal Molekul di Tawau bagi mempercepatkan proses ujian COVID-19 berikutan peningkatan mendadak wabak itu di empat daerah di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adam Baba berkata, kewujudan makmal itu sangat penting sebagai kesiapsiagaan untuk melakukan ujian swab dengan kadar segera.

Katanya, setakat ini Kementerian Kesihatan sedang mengambil ujian swab tapi dihantar ke Makmal DGi di Kota Kinabalu yang mampu memproses 1,000 kes setiap hari selain makmal kesihatan awam di Hospital Queen Elizabeth, dan makmal Universiti Malaysia Sabah.

-----

CUEPACS minta kerajaan lantik semula 55,000 kakitangan kontrak

Foto - Kosmo!

CUEPACS minta kerajaan melantik semula 55,000 kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan dalam sektor awam ekoran pertukaran kerajaan memerintah dua tahun lepas. 

Presidennya, Adnan Mat berkata, jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda. 

Katanya, perkara ini perlu diberi keutamaan selain beri ruang mereka kembali bekerja selepas terjejas dan sengsara hampir dua tahun berikutan penamatan itu.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca