Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kerajaan prihatin, perkenalkan BPN 2.0

Sep 23, 2020


Kerajaan prihatin, perkenalkan BPN 2.0

Foto - Bernama

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 antara RM300 hingga RM1,000.

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah RM1,000 kepada isi rumah B40, RM500 kepada kumpulan B40 bujang, RM600 kepada isi rumah M40 dan RM300 kepada kumpulan M40 bujang. 

Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan baru.

-----

Anwar Ibrahim dakwa dapat sokongan majoriti

Foto - Astro Awani

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau kini telah mendapat sokongan majoriti kukuh dan meyakinkan untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan membentuk kerajaan.

Menurut Presiden PKR itu, beliau telah diperkenanakan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa namun terpaksa ditangguhkan kerana Baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

Justeru katanya, dengan sokongan majoriti ini, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah 'jatuh' dan maklumat serta langkah selanjutnya akan dimaklumkan kelak.

-----

Kes baru positif COVID-19 kembali melonjak

Foto - The Star

Jumlah korban keseluruhan akibat COVID-19 dalam negara meningkat kepada 133 apabila 3 lagi kematian terbaru dilaporkan, hari ini.

Jumlah kes baru pula melonjak kepada 147 berbanding 82 semalam dengan 143 daripadanya merupakan kes penularan tempatan.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 10,505 dengan 770 kes aktif.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca