← Back to list
Jalur Gemilang terbalik dalam balai polis tidak disengajakan
Sep 21, 2020
Jalur Gemilang terbalik dalam balai polis tidak disengajakan
Foto - Sinar Harian
Insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di Balai Polis Simpang Lima di Parit Buntar semalam yang tular di media sosial, adalah tidak disengajakan.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mazuki Mat berkata, bendera itu dipasang oleh seorang anggota lelaki pada kira-kira pukul 6 pagi sebelum tamat tugas dan disedari oleh orang awam kira-kira sejam kemudian.
Tambahnya, Ketua Polis Balai Simpang Lima telah membuat laporan berhubung kejadian petang semalam itu dan meminta orang ramai supaya tidak lagi menularkan gambar tersebut.
------
Isu viral tidak pengaruhi pengundi PRN Sabah
Foto - Berita Harian
Isu-isu tular seperti kisah gadis terpaksa memanjat pokok untuk dapatkan internet, tidak boleh dijadikan isu besar untuk pengaruhi keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah.
Ini kerana penganalisis politik, Profesor Madya Dato' Dr Ismail Sualman berpendapat, pengundi hari ini lebih matang dalam membuat keputusan.
Malah katanya, isu-isu tempatan dilihat lebih mempengaruhi pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini, berbanding isu-isu di peringkat nasional.
-----
JAIK serah kepada polis siasat kubur berdarah
Foto - Oh Bulan
Jabatan Agama Islam Kedah serah kepada polis bagi menyiasat kejadian kubur di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga yang didakwa berdarah, Sabtu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, pihak polis sudah mengambil sampel tanah di kubur itu bagi melakukan siasatan lanjut.
PIhaknya berharap orang ramai berhenti menyebar rakaman video berkaitan kubur berkenaan kerana ia boleh mendatangkan aib kepada keluarga jenazah
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca