← Back to list
Binaan SUKE Terjatuh, Wanita Nyaris Maut
Sep 20, 2020
Binaan SUKE Terjatuh, Wanita Nyaris Maut
Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya remuk dihempap konkrit struktur binaan lebuh raya yang terjatuh di MRR2 dekat Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Difahamkan, pemandu berkenaan hanya mengalami cedera ringan.
Susulan itu pemaju menghentikan serta-merta pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di lokasi berkenaan.
Dalam satu kejadian seumpamanya di Petaling jaya pula, besi menara kren terjatuh daripada sebuah treler lalu menghempap kereta dipandu seorang wanita.
Bagaimanapun mangsa diberita tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta dipandunya rosak teruk.
Mangsa Tunggal Semakin Stabil
Kematian 3 sahabat yang ditemui dalam kereta di stesen minyak di Seberang Jaya, Khamis lalu disahkan akibat terhidu gas karbon monoksida.
Menurut polis Pulau Pinang, pihaknya dimaklumkan, bedah siasat mendapati keracunan gas berkenaan menyebabkan kegagalan pelbagai fungsi organ.
Sementara itu, keadaan mangsa tunggal yang terselamat dilapor semakin stabil namun masih dirawat di ICU.
Tingkat 4 HKL Terbakar
Stor penyimpanan fail di tingkat 4 Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar lewat tengah malam tadi.
Namun ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Pengarahnya, Datuk Dr Heric Corray turut memaklumkan, perkhidmatan HKL tidak terjejas dan berjalan seperti biasa.
Punca kebakaran sedang disiasat pihak bomba.
📸 AWANI, Sinar Harian, BERNAMA, Berita Harian, ihsan pembaca & internet
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca