Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kes harian COVID-19 kekal dua digit

Sep 17, 2020


Kes harian COVID-19 kekal dua digit

Foto - The Star

Sebanyak 21 kes baru positif COVID-19 dicatatkan dalam negara hari ini di mana 16 daripada membabitkan kes penularan dalam negara dan 5 lagi kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu lagi kluster baru turut dikesan di Semporna, Sabah dikenali sebagai kluster Selamat.

Sabah terus menjadi penyumbang terbesar peningkatan kes apabila 8 kes baru dicatatkan termasuk 2 daripada kluster Benteng manakala di Kedah terdapat 7 kes baru di mana 6 daripada kluster Sungai.

-----

Suami Youtuber dilepas tanpa dibebaskan

Foto - The Star

Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini melepas tanpa membebaskan bekas pekerja ladang, M. Sugu daripada tuduhan mencederakan isterinya yang juga Youtuber masakan, S. Pavithra.

Keputusan itu dibuat mahkamah selepas membenarkan Pavithra mengangkat sumpah menarik balik pertuduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugutan semasa prosiding itu, hari ini.

M. Sugu terdahulu didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh antara 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.

-----

Tidak perlu bimbang fenomena air pasang besar

Foto - Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor

Orang ramai tidak perlu bimbang dengan fenomena air pasang besar yang diramalkan berlaku di persisir pantai negeri Selangor, hujung minggu ini.

Ini kerana pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan lain-lain agensi telah mengambil langkah-langkah awal termasuk pemantauan dan pemakluman kepada masyarakat dan hebahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kerajaan negeri Selangor terdahulu menasihatkan orang ramai untuk elak melakukan aktiviti pantai pada Sabtu dan Ahad ini ekoran fenomena air pasang besar.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca