← Back to list
Janganlah Leka - PM
Sep 09, 2020
Janganlah Leka
Perdana Menteri mengingatkan rakyat untuk kekal berjaga-jaga susulan kes baru COVID-19 yang kembali kepada 3 angka.
Tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagaimana dimaklumkan WHO, risiko dan bahaya penularan wabak COVID-19 masih ada selagi vaksin belum ditemui.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noorhisham Abdullah juga senada dengan Perdana Menteri.
Beliau menegur sikap orang ramai termasuk petugas kesihatan yang mula leka terhadap SOP bagi mencegah pandemik tersebut.
Semalam 100 kes baru COVID-19 direkodkan di negara ini majoritinya melibatkan Kluster Benteng di Sabah dan Kluster Sungai di Kedah dan Perlis.
Tan Sri Dr Noorhisham juga memaklumkan, penularan kes dalam Kluster Benteng di Sabah masih terkawal.
Ini kerana kluster itu terasing dan hanya melibatkan pendatang asing tanpa izin serta kakitangan lokap IPD Lahad Datu dan penjara Tawau.
Julai lalu kerajaan ada membayangkan kemungkinan menguatkuasakan semula PKP fasa awal jika kes positif kembali cecah 3 angka.
Tetamu Sebuah Majlis Nikah Diminta Tampil
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang minta tetamu satu majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam pada 29 Ogos lepas menghubungi pihaknya.
Ia susulan seorang tetamu pada majlis itu disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah.
Musa Aman Belum Mahu Mengalah
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman belum mahu mengaku kalah.
Beliau kini mahu Mahkamah Persekutuan mempercepatkan pendengaran rayuannya untuk diisytiharkan sebagai Ketua Menteri yang sah, sebelum hari penamaan calon Pilihanraya Negeri, Sabtu ini.
Tan Sri Musa Aman mendakwa, ini kerana kes itu mempunyai kesan langsung terhadap kes sedia ada berhubung pembubaran DUN Sabah.
Semalam Mahkamah Rayuan tolak permohonan beliau dan 32 ADUN lain yang cabar keputusan Yang di-Pertua Negeri membubarkan DUN susulan kemelut politik.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca