← Back to list
100 kes baru positif COVID-19
Sep 08, 2020
100 kes baru positif COVID-19
Foto - Neuroscience News
Malaysia merekodkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan pada Jun lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan, 100 kes baru dicatatkan hari ini di mana 85 merupakan kes penularan tempatan, 15 lagi adalah kes import.
Sebahagian besar kes melibatkan kluster Benteng Lahad Datu di Sabah dengan 62 kes serta kluster Sungai di Kedah dan Perlis dengan 23 kes.
-----
Elak 'fist bump'
Foto - NPR
Orang ramai dinasihat tidak melakukan 'fist bump' atau menggenggam tangan dan melagakannya apabila berjumpa perlu dielak untuk mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.
imbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ini kerana perbuatan itu membabitkan sentuhan fizikal yang tidak digalakkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Katanya, KKM hanya anjur hormat dengan meletak tangan di dada dan tunduk hormat dan beliau lihat trend yang sedang berlaku kini tidak baik.
-----
Rayuan 33 bekas ADUN Sabah ditolak
Foto - Sinar Harian
Mahkamah Rayuan Putrajaya tolak rayuan difailkan 33 bekas ADUN bagi mencabar kebenaran pembubaran DUN yang diberikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Panel tiga hakim turut menolak permohonan 33 ADUN berkenaan bagi penangguhan pelaksanaan keputusan hari ini sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Dengan keputusan mahkamah itu, tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada 12 September ini membabitkan 73 kerusi DUN akan berjalan seperti ditetapkan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca