Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Tempoh perbaharui lesen dilanjutkan

Aug 30, 2020


Masih ada masa untuk perbaharui lesen

Kerajaan akan lanjutkan tempoh pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan sehingga 30 September ini.

Menteri Pengangkutan berkata pelanjutan tempoh itu adalah untuk beri tempoh yang cukup kepada orang ramai untuk perbaharui lesen mereka.

Terdahulu, kerajaan umum pengecualian memperbaharui lesen berkenaan sejak Mac lalu untuk elakkan kesesakan di kaunter agensi-agensi berkaitan dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Dalam pada itu, Malaysia catatkan 11 kes baru COVID-19 semalam manakala 8 lagi kes telah pulih.

---

Permintaan pelitup muka mampu dipenuhi

Kerajaan yakin mampu penuhi perintaan pelitup muka di negara ini.

Ini selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh PKPP yang sepatutnya berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 31 Disember.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata buat masa ini terdapat 13 pengilang tempatan beroperasi membuat pelitup muka berbanding hanya 4 kilang sahaja sebelum penularan COVID-19.

Dalam pada itu, pihak kementerian sedang mengkaji semua aspek sebelum menurunkan harga siling pelitup muka kepada bawah seringgit.

---

Kerusi DUN Slim kekal milik BN

Mohd Zaidi Aziz memenangi pertandingan 3 penjuru pada PRK DUN Slim semalam.

Calon Barisan Nasional itu terima lebih 13 ribu undi untuk menang dengan hampir 11 ribu majoriti.

Mohd Zaidi sifatkan kemenangannya itu sebagai bukti permuafakatan antara parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

SPR maklumkan peratus pengundi yang keluar mengundi pada PRK DUN Slim hanya kira-kira 68 peratus, jauh lebih rendah berbanding sasaran awal iaitu 85 peratus.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca