← Back to list
Ingkar PKPP, Ada Lagi Yang Degil
Aug 25, 2020
Ingkar PKPP, Ada Lagi Yang Degil
Polis tahan 515 individu di seluruh negara kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan majoritinya sudah dikenakan kompaun.
Antara kesalahan tertinggi ialah gagal patuh SOP penjarakan fizikal, tidak sediakan peralatan atau catatan keluar masuk di premis dan tidak pakai pelitup muka.
Manakala seorang telah dikenakan tindakan kerana ingkar arahan kuarantin di rumah.
Sementara itu Perdana Menteri menegaskan, kerajaan ambil serius kes ingkar perintah kuarantin melibatkan seorang menteri.
Justeru ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dan ambil tindakan sejajar dengan undang-undang.
KKM Bimbang
Masalah obesiti kanak-kanak di negara ini semakin membimbangkan.
Menurut Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, negara ini kini duduki tangga ketiga di Asia yang mencatatkan peratusan tertinggi bagi obesiti golongan tersebut.
Justeru ibu bapa dan keluarga diseru ambil peranan penting memberikan makanan berkhasiat buat anak-anak dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Polis KL Cari Saksi
Polis KL minta saksi tampil bantu siasatan dalam kes penganiayaan haiwan ekoran viral gambar monyet dan biawak dipanah.
Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail.
*foto: Sinar Harian (sekadar hiasan)
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca