← Back to list
KKM siasat menteri ingkar perintah kuarantin
Aug 20, 2020
KKM siasat menteri ingkar perintah kuarantin
Foto - Berita Harian
Kementerian Kesihatan siasat dakwaan seorang menteri ingkar perintah kuarantin selepas pulang dari luar negara.
Namun, pihaknya mengesahkan, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali jalani ujian saringan Covid-19 sebaik tiba di KLIA, bulan lalu.
Tindakan Khairuddin dipersoalkan kerana beliau hadir ke sesi Parlimen, enam hari selepas pulang ke tanah air.
-----
Kedah tangguh aktiviti keagamaan di 7 daerah
Foto - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah
Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di kawasan berisiko Covid-19 di negeri Kedah ditangguhkan berkuatkuasa, semalam.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah berkata, ia melibatkan 7 daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling, Yan, Kubang Pasu dan Padang Terap.
Namun katanya, solat fardu berjemaah di masjid-masjid terlibat adalah dibenarkan dengan bilangan jemaah maksimum seramai tiga orang.
-----
Johor tawar Skim Bantuan Pendaftaran pendidikan
Foto - Yayasan Pelajaran Johor
Johor tawarkan skim bantuan antara 500 dan 1000 ringgit kepada anak negeri yang melanjutkan pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.
Kerajaan negeri memahami pelbagai masalah dihadapi akibat pandemik COVID-19 sehingga ramai ibu bapa kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan.
Maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran pendidikan itu boleh diperoleh menerusi laman web www.ypj.gov.my.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca