Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Aktiviti kokurikulum sekolah dibenar mulai 1 September

Aug 18, 2020


Aktiviti kokurikulum sekolah dibenar mulai 1 September

Foto - Shah Rahimin (ARN)

Semua aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah dibenarkan bermula 1 September ini dengan garis panduan ketat termasuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga murid.

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal.

Garis panduan itu juga menetapkan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik dan tiga hingga lima meter bagi aktiviti dinamik dan peralatan perlu dibersihkan dan disanitasi selain penggunaan bilik mandi atau persalinan dihadkan mengikut kapasiti.

-----

PdP Amali Teknikal dan Vokasional berkuat kuasa 1 September

Foto - Berita Harian

Kerajaan hari ini meluluskan Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Amali Teknikal dan Vokasional berkuat kuasa 1 September ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, garis panduan itu perlu dipatuhi lebih 89 Kolej Vokasional serta Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Teknik terpilih.

Ini termasuklah menentukan bilangan pelajar berdasarkan kapasiti ruang, tempat dan peralatan amali dibersihkan dan disanitasi serta murid bergejala tidak dibenarkan untuk mengikut amali.

-----

Polis buka kertas siasatan kes liwat babitkan ahli politik

Foto - Polis Diraja Malaysia

Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kes liwat membabitkan pemimpin parti politik berikutan tular akuan bersumpah (SD) seorang lelaki mendakwa menerima bayaran RM300 untuk melakukan perbuatan itu.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan liwat itu di Cheras, pagi kelmarin.

Sejurus itu, pihaknya membuka kertas siasatan dan masih giat menyiasat kes itu selain akan memanggil mana-mana individu untuk dirakamkan percakapan mereka nanti.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca