Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

NGO dilarang masuk ke kawasan TEMCO di Perlis

Aug 10, 2020


NGO dilarang masuk ke kawasan TEMCO di Perlis

Foto - Astro Awani

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO) di Perlis untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, langkah itu bagi mengelak sebarang penularan COVID-19 dan tindakan boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang ingkar.

Katanya, NGO yang berhasrat menyalurkan bantuan kepada penduduk di kawasan TEMCO boleh berbuat demikian menerusi pejabat daerah berkaitan yang telah dipertanggungjawabkan mengurus semua bentuk bantuan.

-----

Kunjung mengunjung punca kluster COVID-19 merebak

Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia

Aktiviti kunjung-mengunjung ketika musim perayaan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikenal pasti antara punca utama penularan kluster Sivagangga dan kluster Kurau COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kes positif bagi kedua-dua kluster itu terdiri daripada ahli keluarga, termasuk dalam kalangan warga emas dan kanak-kanak.

Katanya, sehingga hari ini kluster PUI Sivagangga di Kedah sudah menjangkiti 45 individu manakala Kluster Kurau di Perak pula mencatatkan lima kes.

-----

Kerajaan pertimbang tubuh RCI Tabung Haji

Foto - The Malaysian Reserve

Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan dan kewajaran menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pelbagai isu yang dikaitkan dengan Tabung Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketika menjelaskan perkara itu mengakui suatu badan bebas dan berkuasa harus diwujudkan untuk meneliti serta menilai transaksi TH.

Sehubungan itu, katanya, siri cadangan yang diutarakan pihak berkaitan demi merungkai polemik mengenai TH akan diputuskan menerusi mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca