Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kerajaan Kedah Salur Bekalan Makanan Untuk Kawasan PKPD

Aug 06, 2020


Kerajaan Kedah Salur Bekalan Makanan Untuk Kawasan PKPD

Kerajaan Kedah akan salur bekalan makanan kepada penduduk di kawasan yang dikenakan PKPD ekoran Kluster Sivagangga.

Ketika ini JKM sedang mendapatkan butiran dan maklumat kira-kira 2,000 keluarga yang terlibat, agar bantuan dapat disalurkan secepat mungkin.

4 mukim yang dikenakan PKPD di Kedah sehingga 30 Ogos ini terletak di Padang Terap dan Kubang Pasu.

Dalam perkembangan berkaitan, Bomba Kedah sudah melakukan sanitasi ke atas restoran yang dikaitkan dengan Kluster Sivagangga di Napoh.

Sanitasi juga dilakukan di semua premis yang terletak berhampiran restoran itu termasuk kedai runcit, kedai aksesori telefon bimbit dan motel.


Individu Tak Pakai Pelitup Muka Dalam Kenderaan Persendirian Tak Disaman

Tiada saman dikenakan kepada individu yang tidak pakai pelitup muka dalam kenderaan persendirian sejak 1 Ogos lalu.

Namun PDRM beritahu Malay Mail, individu yang dapati mereka telah disaman akibat kesalahan itu diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi pengesahan.

Minggu lalu kerajaan umum orang ramai yang disaman kerana tak pakai pelitup muka dalam kenderaan persendirian boleh tuntut semula bayaran.

Sementara itu, harga siling pelitup muka yang diturunkan kepada RM1.20 daripada RM1.50 mulai 15 Ogos ini, mungkin boleh diturunkan lagi.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ia boleh terjadi jika bekalan berterusan dan stabil.


Kos Umrah Mungkin Naik

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak menolak kemungkinan kos tunai umrah akan meningkat ekoran COVID-19.

Jelas beliau, ia boleh berlaku kerana banyak faktor antaranya pengurusan jemaah, perubahan peraturan dan kos pembersihan.

Namun ujar Datuk Seri Dr Zulkifli, keputusan membenarkan jemaah Malaysia tunai ibadat itu tetap bergantung kepada situasi semasa pandemik.

Sebelum ini Arab Saudi menjangkakan dapat membenarkan jemaah luar melaksanakan ibadat itu mulai September atau Oktober nanti.


Angka Korban Tragedi Letupan Beirut Terus Meningkat

Bilangan korban tragedi letupan di pelabuhan di Beirut, Lubnan kini menghampiri 140 orang.

Manakala kira-kira 5,000 mangsa cedera dan sehingga 250,000 penduduk kini hilang tempat tinggal akibat kediaman musnah.

Beirut juga kini diletakkan dalam perintah darurat selama 2 minggu. 

*foto sekadar hiasan


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca