← Back to list
Pakai pelitup muka di tempat awam - KKM
Aug 02, 2020
Amalkan pemakaian pelitup muka
Kerajaan ingatkan orang ramai agar amalkan pemakaian pelitup muka selain menjaga kebersihan diri dan amalkan penjarakan fizikal.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian bagi mengelakkan gelombang tsunami COVID-19 yang lebih dahsyat berlaku di Malaysia.
Beliau turut maklumkan terdapat 2 jenis pelitup muka yang boleh digunakan bagi mencegah jangkitan wabak tersebut iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.
Dalam pada itu, Malaysia kembali catat satu angka untuk jumlah kes positif COVID-19 semalam iaitu 9 kes.
Daripada jumlah tersebut 7 daripadanya merupakan kes import dan 2 penularan tempatan.
3 lagi kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan kepada hampir 8,650 sementara tiada kes kematian baru.
---
1,500 premis dikompaun kerana gagal patuh SOP
1,500 kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik premis di Kuantan, Pahang.
Kerajaan negeri berkata ia ekoran premis terlibat gagal patuhi SOP yang ditetapkan kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19.
Antara kesalahan yang dilakukan termasuk tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak mencatat maklumat kemasukan pelanggan.
Dalam pada itu, 26 individu dikenakan kompaun seribu ringgit seorang kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah pantai di Kota Tinggi, Johor.
Terdahulu, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang berkuatkuasa mulai semalam.
---
Jumlah kerusi dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah meningkat
Sebanyak 73 kerusi bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah!
Menurut SPR, ia menyaksikan peningkatan jumlah kerusi berbanding hanya 60 pada pilihanraya lalu.
Sabah akan adakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari bermula Khamis lalu apabila Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shapie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Ianya ekoran bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa miliki majoriti mudah untuk bentuk kerajaan negeri yang baru.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca