← Back to list
Sarawak mula laksana larangan pergerakan
Aug 01, 2020
Sarawak mula laksana larangan pergerakan
Foto - Bernama
Polis Sarawak telah mula melaksanakan larangan pergerakan antara Zon 1 dan Zon 2 bermula 1 hingga 14 Ogos ini, berkuatkuasa tengah malam tadi.
Penguatkuasaan itu adalah mengikut ketetapan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berikutan peningkatan penularan wabak COVID-19 di beberapa daerah di negeri itu terutamanya di Kuching.
Namun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pengecualian diberikan kepada mereka yang menjalankan tugasan rasmi dan pekerja perkhidmatan penting.
-----
Penjarakan sosial kini penjarakan fizikal
Foto - Reuters
Istilah penjarakan sosial yang diguna pakai dalam SOP bagi mencegah penularan wabak COVID-19 ditukar kepada penjarakan fizikal.
Menurut Kementerian Kesihatan, ia merujuk kepada orang ramai perlu amalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter yang perlu dipatuhi dalam kebiasaan baru.
Orang ramai dalam pada itu diingatkan, pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam dan sesak adalah diwajibkan, mulai hari ini.
-----
Terengganu benarkan semua aktiviti di masjid, surau
Foto - Wikipedia
Terengganu benarkan semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau di negeri itu, berkuat kuasa hari ini.
Namun Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terenggan berkata, kebenaran itu masih tertakluk kepada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Malah katanya, arahan memakai pelitup muka berkuat kuasa hari ini juga perlu dipatuhi terutama apabila berada di kawasan ramai orang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca