Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

DUN Sabah dibubar

Jul 30, 2020


DUN Sabah dibubar

Foto - Sabah Post

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pada itu masih menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali berhubung pembubaran DUN negeri itu.

-----

Musa Aman tolak pembubaran DUN

Foto - FMT

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menolak keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membuka laluan kepada pilihan raya negeri. 

Menurut Tan Sri Musa Aman, adalah tidak wajar untuk membazirkan wang serta mendedahkan rakyat kepada risiko penularan wabak COVID-19 yang masih menular ketika ini.

Beliau dalam pada itu sekali menegaskan sudah mempunyai 33 akuan bersumpah (SD) ADUN yang menyokong beliau, sekaligus mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru.

-----

Najib Razak kemuka rayuan

Foto - CenLANow

Datuk Seri Najib Razak kemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu melalui peguamnya memfailkan notis rayuan berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di ibu negara, hari ini.

Perkara itu disahkan peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang juga merupakan salah seorang peguam dalam pasukan pembelaan kes berprofil tinggi itu.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca