← Back to list
Politik Sabah Kembali Panas
Jul 30, 2020
Politik Sabah Kembali Panas
Kemelut Politik Sabah tercetus lagi.
Ini selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa telah peroleh majoriti mudah untuk bentuk kerajaan negeri yang baru.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula dijangka akan mengadakan sidang media berkenaan isu tersebut hari ini.
Shafie turut mengadakan mesyuarat tertutup yang dihadiri ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan di kediamannya malam tadi.
Berikutan perkembangan terbaru situasi politik Sabah, polis mula mengadakan sekatan dan kawalan di laluan pintu masuk utama ke Istana Negeri.
Murid Tahun 2 di Sabah Positif COVID-19
Seorang murid tahun 2 di Sabah disahkan positif COVID-19.
Semua kontak rapat murid itu sudah diarah jalani kuarantin 14 hari termasuk rakan sekelas.
Murid terbabit dikesan dijangkiti virus berkenaan selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan.
Kerajaan negeri turut memaklumkan, hanya murid dalam kelas terlibat diarah kuarantin manakala sekolah tidak perlu ditutup.
Sementara itu semalam, 13 kes baru direkodkan di seluruh negara menjadikan kes aktif naik kepada 220.
Manakala 5 lagi pesakit sembuh dan tiada pertambahan kes kematian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca