← Back to list
Najib bersalah!
Jul 28, 2020
Najib bersalah!
Foto - CenLANow
Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Ia membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram serta satu pertuduhan salahguna kuasa.
Najib yang juga Perdana Menteri keenam dari tahun 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia diheret ke mahkamah.
-----
Kes aktif COVID-19 cecah lebih 200
Foto - The Star
Hanya sehari selepas jumlah kes baru positif COVID-19 mencatat satu angka, jumlah hari ini kembali melonjak kepada dua angka melibatkan 39 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 212.
Daripada 39 kes baru dilaporkan, 11 adalah kes import manakala 28 lagi merupakan penularan tempatan di mana 22 kes melibatkan warganegara Malaysia.
-----
Kerajaan tanggung lebih separuh kos kuarantin wajib
Foto - Bernama
Individu yang pulang dari luar negara dan diarah jalani kuarantin wajib selamat 14 hari di stesen kuarantin perlu membayar kos sebanyak RM4,700.
Namun Menteri Kanan ( Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat Malaysia hanya perlu bayar maksimum RM2,100 untuk caj bilik hotel dan makan sebanyak tiga kali sehari.
Kerajaan pada 24 Julai memutuskan, semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini perlu jalani perintah kuarantin wajib 14 hari.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca