← Back to list
Wujud Jurang Digital Semasa PKP- KPM
Jul 22, 2020
Wujud Jurang Digital Semasa PKP- KPM
Memang wujud jurang digital dalam kalangan murid luar bandar untuk ikuti pembelajaran dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hampir 37 peratus murid luar bandar tidak miliki peranti untuk tujuan itu.
Justeru guru menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan murid di luar bandar tidak ketinggalan.
Antaranya serahan bahan pembelajaran kepada murid melalui pos atau pandu lalu di sekolaH.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Perpaduan Negara rancang letak semula pendidikan rukun negara dalam sistem pendidikan.
Ujar menterinya, Datuk Wira Halimah Mohamed Sadique, ia bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan.
Tambahnya, cadangan itu juga bersempena sambutan 50 tahun Rukun Negara tahun ini.
Petugas Kesihatan Antara Kluster Terbaru COVID-19
Satu lagi kluster COVID-19 dikesan melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak.
Ini selepas seorang petugas kesihatan di hospital berkenaan disahkan positif wabak itu.
Susulan itu seramai 61 individu disaring menyaksikan 5 daripadanya turut positif COVID-19.
Semalam juga 15 kes baru direkodkan keseluruhan menyaksikan bilangan kes aktif naik kepada 130.
Sementara itu, wanita pakai gelang pink kuarantin yang viral kerana makan di sebuah restoran di Ipoh kini dirawat di hospital.
Menurut Sinar Harian, dia dan anaknya disahkan positif COVID-19 selepas jalani ujian ke-2.
Foto: Sinar Harian
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca