← Back to list
Sifar kes tempatan COVID-19
Jul 01, 2020
Sifar kes tempatan COVID-19
Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia
Malaysia merekodkan sifar kes penularan tempatan COVID-19 selain satu kes import yang dilaporkan hari ini manakala 21 lagi kes pulih dan discaj.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes Covid-19 yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara sama ada di kalangan warganegara atau bukan warganegara.
Malahan kes harian Covid-19 di kalangan rakyat Malaysia didapati sejajar dengan unjuran kes harian dalam permodelan dan ramalan pada 21 Mei 2020 oleh Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.
-----
Sekolah kembali dibuka 15, 22 Julai
Foto - RTM
Semua murid dan pelajar sekolah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6 akan kembali ke sekolah secara berperingkat antara 15 dan 22 Julai ini.
Kementerian Pendidikan berkata, tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, Pembukaan semula sesi persekolahan ini bagaimanapun hanya membabitkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
-----
Solat Dhuha, kelas mengaji di masjid dan surau dibenar
Foto - Awani
Kerajaan hari ini beri kebenaran pelaksanaan aktiviti keagamaan seperti kuliah dan solat Dhuha serta kelas mengaji dan fardu ain di masjid dan surau bermula minggu ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti keagamaan berkenaan dibenarkan dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi.
"Kerajaan bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan kuliah dan solat Dhuha diadakan di masjid dan surau.
"Begitu juga kelas mengaji dan fardu ain juga dibenarkan di surau dan masjid dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca