← Back to list
Malaysia Tersenarai Dalam 46 Negara Yang Sedang Menang Perangi COVID-19!
Jun 26, 2020
Malaysia termasuk dalam senarai 46 negara yang sedang menang perang melawan COVID-19.
3 negara jiran iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam turut tersenarai.
Indonesia, Singapura dan Filipina masih bergelut untuk menurunkan kes jangkitan.
PTPTN dan PERKESO kini tawarkan lebih 4,600 peluang pekerjaan kepada peminjam PTPTN.
Ia merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan, peruncitan, perbankan dan pendidikan dengan gaji sehingga RM5,000.
Peminjam PTPTN yang disenarai hitam juga boleh cari kerja menerusi program 'Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers' itu.
Ia berlangsung secara dalam talian selama 4 hari mulai Selasa hingga Jumaat minggu depan.
Thailand rancang melanjutkan tempoh darurat sebulan lagi.
Thailand umum rancangan melanjutkan tempoh darurat sebulan lagi walaupun semakin hampir capai kejayaan menyeluruh.
Walaupun sudah 31 hari Thailand tiada kes jangkitan baru COVID-19, situasi di seluruh dunia masih
membimbangkan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca