Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Jumlah tertinggi kes pulih COVID-19

Jun 16, 2020


Jumlah tertinggi kes pulih COVID-19

Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia

Sejumlah 333 kes pulih daripada jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, tertinggi yang pernah dicatatkan sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, dengan pertambahan itu jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 7,733 kes atau 90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ia sekaligus menyaksikan bilangan kes aktif susut kepada 651 manakala jumlah korban pula kekal 121 apabila tiada kematian terbaru direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

-----

PKP Pentadbiran di Kuala Langat berakhir

Foto - Sinar Harian

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran yang dilaksanakan di Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni dekat Bukit Changgang, Banting sejak 2 Jun lalu, ditamatkan hari ini.

Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah selesai melakukan ujian saringan ke atas semua 4,697 penduduk di kawasan terbabit.

Jumlah yang disahkan positif adalah seramai 9 orang dan masih menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh babitkan 6 rakyat tempatan termasuk tiga warga asing.

-----

UPSI batalkan semua peperiksaan akhir

Foto - Malaysia Kini

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil ketetapan tidak melaksanakan peperiksaan akhir bagi semua kursus pada pengajian semester ini.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata penularan COVID-19 di negara ini menyukarkan kehidupan pelajar universiti, termasuk dalam menguruskan sistem pendidikan.

Katanya, ia bukan sahaja membabitkan kanak-kanak di peringkat prasekolah atau taman didikan kanak-kanak (TADIKA) dan sekolah, tetapi meluas sehingga universiti.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca